Sukan Rakyat RMC 24 September 2024
“Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.” Program sukan rakyat yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pusat Pengurusan Penyelidikan disambut meriah oleh semua ahli terlibat. Objektif program sukan yang mengambil tempat di Pusat Sukan,Universiti Utara Malaysia tersebut adalah untuk memupuk perpaduan dan mengeratkan siratulrahim dikalangan staf. Di samping itu, aktiviti sukan ini memberi ruang dan peluang kepada semua staf mengurangkan dan mengawal tekanan dari bebanan kerja di pejabat.
Aktiviti bermula dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Kelab, Puan Siti Khairunnisa Mohd Noor serta diikuti dengan sesi memanaskan badan sebelum aktiviti bermula. Di bantu oleh juri-juri, pengadil dan sekretariat dalam menguruskan acara sukan ini yang menjadi asbab kelancaran program dan sokongan yang kuat dari peserta. Walaupun hanya lima aktiviti sukan yang dijalankan, persaingan sengit dikalangan peserta dapat dilihat untuk mengumpul dan mendapatkan mata kemenangan tertinggi. Walaubagaimanapun, semua kumpulan untuk sukan ini diberikan hadiah untuk menghargai dan meraikan kemenangan dan keterlibatan dalam sukan rakyat yang telah dianjurkan.