UUM TERIMA ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN SEBAGAI HAB eUSAHAWAN MDEC
UUM ONLINE:<span "> Universiti Utara Malaysia (UUM) telah terpilih antara empat universiti daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menerima anugerah dan pengiktirafan sebagai Hab eUsahawan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), baru-baru ini.
Pemilihan UUM sebagai Hab eUsahawan adalah sebagai penglibatan aktif CEDI bersama MDEC dalam penganjuran program-program keusahawanan digital untuk memperkasakan keusahawanan digital kepada pelajar, graduan dan komuniti setempat.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Digital, Fabian Bigar yang mewakili Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
Turut menyaksikan ialah KSU Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang mewakili Menteri KPT, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.