RMC FUN BRISKWALK
Program ini diadakan untuk memberi ruang kepada staf di RMC untuk merehatkan minda disambil menikmati keindahan alam yang ada di Universiti Utara Malaysia.
'RMC Fun Briswalk' Tingkat Kecergasan Staf RMC
Aktiviti brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun dapat memberi manfaat yang besar kepada individu yang melakukannya. Oleh hal yang demikian, Kelab Kebajikan RMC telah mengambil pendekatan dengan menganjurkan aktiviti tersebut pada 4 Julai 2024 yang lalu sebagai salah satu aktiviti untuk menggalakan amalan hidup sihat dalam kalangan staf.
Aktiviti bermula dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Kelab, Puan Siti Khairunnisa Mohd Noor serta diikuti dengan sesi memanaskan badan sebelum aktiviti bermula. Perjalanan melibatkan laluan dari Pusat Konvensyen UUM sehingga ke kawasan sungai UUM. Hasilnya, peserta berjaya mencatatkan kira-kira 11,000 langkah, setara dengan jarak sejauh 6.8 kilometer. Hal ini menunjukkan bahawa objektif program tercapai dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada staf terlibat dalam penjagaan kesihatan mental dan mengawal tekanan semasa bekerja. Aktiviti tersebut turut diselitkan dengan acara ramah mesra dalam kalangan staf RMC sambil menikmati hidangan yang dibawa termasuklah menu utama iaitu pulut durian sebelum bergerak pulang ke RMC semula.